Jenis batu Batu_(ukuran)

Dalam penggunaan baru, berbagai-bagai jarak telah dirujuk sebagai "batu".

Batu statut

Sebuah statut parlimen Inggeris semasa pemerintahan Elizabeth I dari England menentukan batu statut sebagai lapan furlong atau 1,760 ela; iaitu 5,280 kaki atau 63,360 inci. Sebelum statut itu diisytiharkan, batu di England biasa dianggap sebagai 5,000 kaki, iaitu satu ukuran panjang yang tidak dapat dibahagikan menjadi ela, rod, atau furlong tanpa pecahan. Kini, dua jenis batu statut yang berbeza sedikit digunakan:

  • Batu antarabangsa ialah jarak yang biasa dimaksudkan oleh "batu" apabila istilah ini digunakan tanpa pembatasan. Batu ini ditakrifkan sebagai 1,760 ela antarabangsa tepat (mengikut takrif, satu ela ialah 0.9144 meter) dan oleh itu, adalah 1,609.344 meter (1.609344 km) tepat. Batu antarabangsa digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom masing-masing sebagai sebahagian sistem unit lazim Amerika Syarikat dan imperial, dan adalah sama dengan 8 furlong, 80 rantai atau 5,280 kaki antarabangsa.
  • Batu survei Amerika Syarikat digunakan oleh Sistem Ukur Tanah Awam Amerika Syarikat dan berdasarkan inci yang ditakrifkan sebagai 1 meter = 39.37 inci tepat, iaitu sama dengan:
    • 5,280 kaki survei Amerika Syarikat;
    • 6336/3937 kilometer; atau
    • lebih kurang 1,609.347 meter.
Satu "batu antarabangsa" adalah sama dengan 0.999 998 batu survei Amerika Syarikat.

Batu nautika

Mengenai Kebergunaan Batu Nautika
Setiap Bulatan yang ditunjukkan merupakan satu bulatan agunganalog garis dalam Trigonometri Sfera — dan oleh itu, merupakan laluan terpendek antara dua titik di permukaan globul.
  • Batu nautika antarabangsa berasal daripada batu geografi (satu dan satu perlapan mengikut takrif asal) dan kini diberikan takrif antarabangsa sebagai 1,852 meter; takrif dan kebergunaannya yang merebak adalah disebabkan oleh pencubaan asal untuk memberikan rasional matematik kepada batu sebagai satu nombor integer untuk ukuran lilitan Bumi yang berkaitan dengan darjah putaran sfera di sepanjang bulatan agung (trigonometri sfera); batu ini didapati lebih kurang sama dengan 6,076 kaki dan cukup dekat dengan satu minit-lengkok garis lintang untuk menyebabkannya masih berguna.
  • Batu nautika digunakan secara harian untuk anggaran pengemudian jarak jauh serta untuk mengemudikan kapal-kapal, baik besar atau kecil, di dalam kawasan perairan larangan. Dalam kes pertama, batu ini amat memudahkan bilangan angka dalam persamaan yang rumit; dalam kes kedua, batu ini bertindak sebagai anggaran yang baik untuk mengikut kawasan boleh lalu dan menjauhi diri daripada batu-bata dan beting-beting.
  • Batu nautika masih digunakan dengan sejagat untuk kegunaan yang tersebut, walaupun sains telah memperhalus piawai dasarnya mengikut sistem metrik tanpa menjejaskan kebergunaannya.
  • Batu nautika digunakan secara sejagat untuk tujuan-tujuan penerbangan, kelautan, dan tentera laut, khususnya kerana ukuran ini memberikan anggaran yang baik untuk darjah-darjah dalam bentuk integer tanpa ralat hampiran yang berketerlaluan.